Monday, November 29, 2010

kerna seorang LELAKI

kerna seorang lelaki yang manis itu,
si perempuan jatuh cinta..
dan kerna seorang lelaki itu juga
si perempuan menaruh perasaan suka....

kerna seorang lelaki yang memujuk rayu..
si perempuan menjadi sayang...
kerna seorang lelaki yang menyayang itu
si perempuan jatuh hati...

kerana seorang lelaki sudah dapat memiliki..
hati seorang perempuan itu..
di dalam hatinya akan gembira...
maka si perempuan itu pun terus dan terus...
di buai dan terus di buai perasaan semakin syang..
dan semakin kasih pada seorang lelaki itu...

kerana seorang lelaki itu lah...
si perempuan menjadi layu...
bagai layu mencecah bumi...

kerna lelaki itu memujuk rayu...
mengatakan sayang..
maka si perempuan mempercayainya..
dan terus hilang dimamah angan...

kerna seorang lelaki itu...
si perempuan sanggup mengadai segalanya..
hati, perasaan, jiwa, harta dan kewangan...
semua itu kerna seorang yang bernama lelaki...

kerna si perempuan sudah semakin kasih dan syang pada lelaki itu...
maka si lelaki akan secara perlahan mengundur diri...
maka si perempuan makin gelabah atas penggunduran..
maka si perempuan akan berusaha memulihkan hubungan...
itulah perempuan...

semakin dan semakin hilang lelaki itu dari hubungan..
maka air mata si perempuan akan jatuh dan jatuh...
semakin hati perempuan itu sakit dan sakit..
dan semakin hati dihiris...

kerna lelaki itu...
si perempuan sanggup bertahan..
dan bertahan ...
sehingga dia mampu menahan...

kerna lelaki itu egois..
si perempuan menjadi mangsa...
si perempuan merana...
si perempuan menjadi tempat melepas marah...
si perempuan berkorban segalanya...

semuanya kerna seorang lelaki...
sepatutnya lelaki patut buka kan minda dan mata...
banyak pengorbanan telah di buat untuk kamu wahai lelaki...
tidak kah kau buta?

hargailah isteri, ibu, tunang dan girlfriend kamu...
kerna mereka sangat menyayangi lelaki mereka...
perlu lah kamu lelaki menghargai si perempuan kamu...
kerna mereka kamu ada disini...
tanpa mereka kamu tiada di dunia....

Sunday, November 28, 2010

clearly SINGLE

he already tell me he want to break up....
what i need to say?

C.I.N.T.A

cinta itu mengasyikkan...
cinta itu membahagiakan...
cinta itu membuatkan diri rasa disayangi...
betul tak?

aku pasti semuanya betul..
cinta sebelum kahwin...
cinta itu penuh dengan kepalsuan..
cintu itu penuh dengan syaitan..
cinta itu memberikan kenaikan kemahuan...
cinta itu segalanya dusta..

mengasyikkan...
mmg betul....
tp kadang kita tak terpikir
apakah yang kita buat itu adalah satu dosa atau pahala?
kerna cinta itu membuatkan kita buta..
kita terpesong jauh dr Tuhan yang satu...

kerana cinta kita berzina mata...
kerana cinta kita berzina hati...
kerana cinta juga orang sanggup berikan segalanya...
seterusnya kerana cinta kita melahirkan nyawa..
nyawa yang tak berdosa...
dan kerna itu manusia menjadi lebih kejam daripada binatang...

adakah ianya benar....
aku menasihati diri ku jua...
supaya menjauhkan diri ku daripada segalanya...
itu lah manusia yang hanyut oleh cinta..
cinta yang palsu....

bagaimana cinta yang halal?
cinta yang mengikut ajaran kita...
cinta selepas perkahwinan...
begitu lah cinta yang sangat indah...
cinta yang halal di sisi Tuhan...

mengenali suami dengan lebih mendalam...
berpegangan tangan selepas kawen..
boleh memadamkan dosa-dosa kecil..
tidakkah kita patut berbangga..
kerna Tuhan memberikan banyak anugerah kepada kita apabila selepas kawen..
tidakkah engkau buta....

atas lesen Halal itu kita mencinta..
dan atas dasar cinta juga..
lahirnya sorang insan yang comel..
yang dijadikan penyambung keturunan...

tidakkah anda patut berbangga..
kerana cinta kamu ada penyambung zuriat..
dan mendapat berkat dalam kehidupan anda...

sayang pikirkanlah...
cinta ini adalah cinta benar...
atau sekadar memenuhi kehendak??
adakah cinta ini tidak disaluti dengan kepalsuan?
adakah cinta ini hanya disaluti dengan kemahuan yang membuak...
jadi pikirkanlah baik-baik..

Saturday, November 27, 2010

Ok u hantar i esok la...full k

hai kat lapy aku dlu.....ni nak celoteh panjang skit...

Kesabaran ku tercabar
kerna sebuah temujanji yang palsu
aku terpaksa menunggu selama 2 jam di sana
sesudah ku bertemu dirinya...
semuanya terbongkar..
semua hasil usaha aku tak berbaloi..
17 kepada 7?
how?
serta aku mendapat kata azimat ..
"use ur brain"
what the hell, what the fuck and shit..
everything kuar but just behind loh..

i use to call everyone to tell about my feeling..
i call mad, my BF, 
setelah aku penat membebel n jln kaki balik ke sni..
aku terus kol akak aku then terus nangis...
nangis kuat giler..
sbb sangat geram saper tak marah u...

then aku kol my bf again
n tell him...
but he cant understand 
sbb bukan bidang dia...
i just hope dia tak kecik hati...

then dia kata nak jumpa aku plak dalam kul 3
kekuatan sudah tiada..
lantas aku memilih untuk ajak my lovely junior to follow...

then arrived kat fak..
the SHE call...
guess what?
she dont want to see me..
damn it...
so damn..
so tired..
then ask me do to complete my thesis
n send on sunday...

then i said blh sy bagi masa untuk study..
coz aku ada exam viva on sunday..
then dia kata blh..
sudah berbunga hati..
but antar full thesis tomorrow..
what?

masa tak mencukupi
shit....
waiting to shuttle then think..
can i finish it or not?

then i call my friend to teach me about statistic
then she came n teach me...

give me the light..
really appreciate it 
thank u..

then for one whole day i didnt eat...
coz so buzy...
then take a i decide to eat...

eat penyet as our favourite..
rite mad?
then balik umah.....
need to give back something to my friend...

take a bath coz kne ujan..
start writing on 9pm..
start chapter 4,
then chapter 5,
then chapter 6.
finish chapter 6 masa subuh..
then kemas bilik kejap..
bilik mcm kongkang pecah...

settle then sleep...zzzzzzz

wakeup then 10am then continue my work...
work finish almost at 3pm.....

malam sangat tough..
sangt mencabar..
sangat menguji minda..
sangat menguji kesabaran,....

i need to reward myself..
nak tgk wayang...
nak mam yang sedap2
nak jumpa my special bf..

eh sorry lupa nak ckap....
i dgn my BF dah berbaik semula...
Alhamdulilah....


Wednesday, November 24, 2010

cinta dengan hp???

setelah 2 hari aku menangis..
dan semlm berulang kembali...
setelah sekian lama sejarah yg terkubur...
digali kembali.....

kenyataan yg bisa menyakitkan..
hanya dapat aku telan walupun pedih...
"sy sudah bosan bercinta dengan hp"
apa maksud pernyataan itu sebenarnya?

setelah aku memujuk hati
untuk menerima segala pernyataan yg pedih...
iaitu dia bosan kerna banyak panggilan yang dibuat..
dan ajakan dari aku untuk sms...
kerna itu dia katakan bercinta dengan hp....

katanya ingin bercinta yg sebenar..
cinta yg sentiasa berada di depan matanya...
cinta yang tidak jauh....
cinta dengan diriku yg sebenar...

apa maksudmu yg menyatakan...
aku ini membayang kan kamu berada di depan ku....
apa maksudnya?
tidak pernah aku membayangkan kamu berada di depan ku...

jarak memisahkan kisah kita...
jarak jugak yg mempertemukan kita...
jangan sesekali kau menyalahkan jarak yg memisahkan..
kerna itu adalah takdir...

bukan aku meminta untuk kamu jauh dari aku...
bukan juga aku meminta supaya kau mencari aku yg jauh...
bukan aku yang meminta untuk diriku di cinta...
bukan jua aku meminta segalanya...
takdir yg memberikan segalanya..
untuk aku mengenali kamu...

aku telah cadangakan...
untuk aku berada di depan kamu..
untuk aku berada bersama kamu..
iaitu nikahi aku.....

itulah hanya penyudahnya..
setelah lima tahun aku bersama kamu...
tp kamu menolak....
kamu menolak untuk merindui aku...
kamu menolak untuk menyayangi aku seadanya...
hanya kerna jarak kau jadikan alasan..

untuk mengatakan yg kamu...
bosan bercinta dengan hp...
aku tak pernah menganggap aku bercinta dengan hp...
tp aku bercinta kerna DIRI MU....
aku bercinta dan menyayangi insan yang bernama KAZA...
itu saja,...
aku tak pernah terpikir untuk bercinta dgn hp...

aku telah bertanya padamu...
klu kamu mahu aku pergi...
aku rela....
aku rela lepaskan kamu..
supaya kamu dapat mencari pasangan yg dekat dengan kamu...
supaya kamu dapat merasa syg nya dan sentiasa berada di sisi kamu...
tp biarlah HALAL...

aku tidak menyatakan aku perempuan baik...
aku tidak menyatakan aku sempurna...
aku hanya perempuan yg menagih kasih...
aku hanya berangan bersama labuku...

jauh di sudut hati untuk membuat kamu sakit hati..
tak pernah aku terpikir untuk aku mengganggu kamu...
dan aku jua tak pernah terpikir untuk aku membina masalah...
percayalah....

ini untuk insan yang aku syang...
kisah ini mungkin akan berakhir..
berakhir menjadi sebuah kenangan yg indah atau sebaliknya....

Tuesday, November 23, 2010

air mata mengalir ag....

sudah tawar hati....
sakit hati.....
tamatkan saja semua ini..
mengapa masih menyeksa aku............

I'm not perfect for him

i'm just an ordinary girl 
who always want to be love and care
i'm just a girl that want attention
in other word attention seeker may be

after i call his mom
i'm just realize that he already has a perfect girl 
not like me...
i dont know how to cook
i dont know how to make clothes

she good for him
n i'm happy for him
i need to pray to Allah 
hoping he will have wonderful life....

Monday, November 22, 2010

why i need to suffer all this

my dad sick admit ward
my dad need to operate ( tracheotomy n laryngecomy)
my mom take care my dad
my mom stress and having recurrent pain in chest (cardiac disease)
my mom n my dad admit ward
my sis pregnant 8 month
my mom pass away
my sis alone in ward (get the baby)
me- postpone my study
need to take care my dad
then continue study
thesis not go smoothly
my bf get mad at me
then he said "we need to rest i think"
how my life become so worse...
how i want to make my life become wonderful....
my life only have a sad story...

break up or rest for a while?

aku thu aku bukan types dia....
aku tahu aku nie mengada...
aku thu aku nie banyak kekurangan...
aku tahu aku ini tak sempurna...
aku thu aku ini hanya membuang masa kamu...
aku thu aku ini hanya menagih simpati...
aku thu aku ini hanya menagih cinta yg tak pernah dibalas...
aku thu aku kekurangan...
aku thu aku ini tidak sesuai dgn mu...
aku thu segalaya...
setelah sekian lama mengenali mu 
membuat aku jatuh cinta sekali lagi pada mu pada tanggal 6 November 2005..
tp cinta dan syg itu tak pernah teguh....
sering kali ada onak dan duri
serta badai yg menimpa...
tp aku gagah kan diri aku untuk mengharunginya...
tp akhirnya aku kecundang jua...
jatuh tersungkur di pertengahan jalan yg penuh dengan duri dan kemarahan...
jatuh dan bangun itu asam garam dalam kehidupan aku thu...
tp jatuh aku kali ini mmg susah untuk aku bangun....
aku sangat syg padanya..
aku thu sesungguhnya dia tidak menyayangi aku sepenuh hatinya...
mungkin ini hanya cinta ku..
cinta yg tak kesampaian....
itu lah cinta yaya.....

kenape aku?

kenape? 
kenape?
kenape?
apa ag slah aku?
apa lagi yg tak kena?
apa lagi yg ko mahukan?
apa yg ko tak puas hati lagi?
kenape ko buat aku jadi begini?
kenape?
otak aku sering menyoal kenape?
kenape begini?
nape begitu?
tak cukup kah apa yg aku berikan?
aku tak thu apa dan mengapa ko begitu?
salahkah aku?
adakah itu benar salah ku?
tiada jawapan.....
hanya air mata menjadi peneman aku...
airmata menjadi jawapan untuk aku....
sudah pasti nya ko tiada jawapan tuk aku...
diam membisu...
diam menyakitkan aku
diam menyeksa jiwa ku
diam membunuh jiwaku...
diam itu jawapan nya untuk aku....
kepastian dan jawapan hanya ada pada mu...
sayang............

Sunday, November 21, 2010

Bad day part 4

Dia mmg ta dtg wei...mmg tak dtg...aku gila sedey wei....sangat sedey sampai aku tak tau nak luah mcmna....tak de iniatiative nak kol or masj kawan dia nak tanya jd ke tak...banyak gila alasan yg dia bg...klu aku ckap mcm nie dia ada alasan mcm lain plak...then pg td akak aku kata “adik dia nak amik ati je tu sbb tu dia bgtau nak dtg” then dah abis aku explain kat kak aku...abg ipar aku plak kata “adik tak payah la dah, adik pikir dia tak mai pun umah...adik nak tido adik pikir nanti balik dgn dia” haish mcm na....ayh plak kata”adik habaq la kat dia suh main tgk ayh..ayah nak tgk menantu...takut tak dan nak tgk” apa aku nak jawab...aku tersepit...dia tak pa la tak payah jwab..aku kata la klu balik dgn aku dah sampai dah  kat umah...then dia bg alasan kata tak mau nanti lama kne duk umah aku...ala klu nak balik aku bgtau la kak aku suh beli tiket balik pahang bukan susah pun...bak kata nak seribu daya tak  nak seribu dalih.....

Sampai ari nie aku masih marah n majuk n sakit ati...dia tak kol n msj aku pun....lantak la...sakit je ati aku...tertiba aku terpikir:
Sanggup ke org nak bersama aku dengan idup aku yg susah nie?
Sanggup ke dia nak jaga ayh aku yg sakit?
Sanggup  ke dia nak jaga ayh aku dgn leher ayah aku yang berlubang tu?
Sanggup ke dia nak tahan loya tekak dgn glema ayah aku?
Sanggup ke dia nak makan nasi dgn ayh aku?
Sanggup nak dia tahan dgn karenah ayh aku?
Semua tu aku tak tau...mmg org tak sanggup nak jaga org yg sakit aku tau...tp dia ayh aku...aku sanggup jaga..jadi klu kamu ada masalh dgn semua itu jadi Putuskan aku....aku hanya nak org yg sanggup lalui semua kesusahan nie dgn aku....bukan org yg banyak alasan....

Bak kata org:
Semua org sanggup untuk kawen dgn org kaya n senang
Semua org sanggup untuk bercinta
Tp semua org takkan sanggup untuk hidup susah...betul tak?
Jadi pikir la betul2 klu nak bersama aku......

Bad day part 3..

Lappy pagi tu aku bangun awal pagi sebb nak g cari tiket bas balik on the sport...then dah bersiap2 dgn kawan aku...dah siap turun bawakk...tertiba pintu pagar plak tutup n kunci....aku apa ag....maki la....sakit ati..kitaorg dua org ckap apasal malang sangat nasib kitaorg nie....dah tu aku belik2 kunci pagar tu tgk2 dia lilit ja...free je kne maki dgn aku....naik teksi....
sampai Duta terus cari tiket....ada kul 9.30 am..alhamdulilah ada...dah tunggu dah sampai bas....naik bas...aku mmg majuk dgn ____ aku...dia kol masa kul baper entah cakap selamat hari raya dgn happynya...perli aku ka apa...happy je dia beraya...aku baru je nak balik umah aku...then dia masj jap je dgn aku..tertiba msj aku kata nak g umah wan dia amik barang...lantak la ko nak g mana pun (dalam ati) mmg sakit dow ati aku....tertiba dia raya dgn happy...sial betul...sabo je la...then dia kata may b esok kot nak g umah aku...aku pun ok je la...
dah tu aku sampai kul 3pm...kak aku dtg amik aku kul 4pm seperti biasa la aku kne tunggu 1jam..syg aku dah bergembira beraya....tertiba dia marah aku asal tak bgtau dia...naper tak de mulut ke nak tanya org..asyik aku je kne bgtau...then aku mintak gambar raya wei...tertiba dah dapat peh gila gembira muka...gila sial perli aku...seperti biasa  la adik kesayangan dia tangkap gambar..lantak ko la...dah tu tak msj aku smapi mlm...maklum la happy bergembira...

I had a bad day part 2

Lappy aku bangun pagi dah kena g jumpa supervisor aku...sebelum tu...baiti ada masalah nak print thesis dia...aku pun tolong dia install software kat lappy aku..then dah boleh guna...tgk jam...alamak aku dah lambat nak g jumpa supervisor aku...aku terus g mandi...dah siap mandi tertiba cermin aku jatuh..pecah....waaaaaaaaaaa..... cermin aku pecah...then di biarkan je...aku terus bersiap nak g jumpa SV aku...dah sampai kat fakulti kul 8.45pagi...then aku tggu sampai 9.30 pagi tak dtg jugak...rupanya dia ada masalah kat umah dia then dia janji nak dtg kul 10.30pgi..aku tak larat nak tunggu aku pun g la beli novel dlu tajuk cinta aku seadanya....aku pun baca sampai dia datang....then discuss pasal thesis....
dah siap aku pun g tunggu baiti nak kuar g jejln plak...tunggu baiti tak balik ag....then mad kul mak mad nak dtg...alamak umah selerak!!!!aku kne balik...aku jaln kaki punya la cepat tp tak sempat jugak...dorg sampai dlu....malu bilik selerak....waaaaaa....then baiti pun kol....dia pun jerit jugak...cakap bilik selerak...hahaaa......sembang2 dgn mak mad jap then aku n baiti pun kuar....dah kuar ujan plak turun...waaa..malang betul...dah tu g bank dulu..
then kitaorg g Sogo g beli seluar n kasut baby...then g Maju Junction beli baju kat akak aku...then kami g Sg Wang beli baju plak kat aku...aku pilih baju yg aku nak pakai masa nak balik dengan _____ aku...aku pilih baju warna purple...then sales girl pun dtg amik baju aku ganti dgn baju yg baru....then dah sudah beli baju..kami g Low Yat plak..Baiti nak beli ink, beg n bayarbil P1W1max....dah selesai kami g Times Square plak...g cari makan sbb dari pagi kami tak makan...terus g Chicken rice shop...dah siap order then ada waiter to belanja kita org mkan ala-ala mcm popia kat citu...then kita org makan dgn gembiranya....dah selesai kami p jln cuci mata...baiti pun jlan2 then dia berkenan baju..dia pun beli la...huhuhuh....dah selesai misi kami pun balik...
g jln kaki nak tunggu bas...bas tak datg jugak...sejam kami tunggu..aku dah angin dah...dah marah sanagt dah...nasib baik bas datg lepas satu jam..klu tak buat keputusan balik dg Monorail la.....
then sampai umah....apa ag test baju la....buka2 baju aku bukan warna purple tp warna biru...waaaaaaaaaaaa.... malang ag...then tertiba dpat kol dr _________ aku ckap tayar keta kawan dia plak pecah...jadi lambat la ckit dia nak bertolak g Kedah...aku dah marah n majuk dah...aku ckap tak nak pikir dah...sia suh aku beli tiket balik sendiri....waaaaaa...sedih...

I had a bad day

Nak di jadikan cerita start dari hari isnin nasib aku tak berapa baik....bangun pagi aku terus g hkl nak g tgk kelulusan dapat buat ke tak research kat citu...then dapat..gembira la...tp aku kne marah dgn Prof kat sana...u ask me a silly question...dia kata...lantak la....aku dah mintak maaf pun dia tak layan...biar la...janji aku dapat apa aku nak buat...dah lpas jumpa dr kat citu aku g teman kawan kau kat Jabatan bedah mulut n g X-ray....dah selesai aku pun balik umah jln kaki g petronas...nak g beli tiket nak balik raya...tertiba aku g tiket abis....hahaha....aku tanya ke Alor star, jitra n Changlun tp semua tak de...hahaha...aku tak balik raya la jawabnya....lpas tu aku g beli makanan...then balik kolej..tertiba bagitau kawan aku kat umah tiket abis...nak g Duta nak cari tiket..sekali kwan aku kata Baiti  nak g tukar tiket...apa ag aku terus g kol dia tanya...then kami g sesama kat Duta....g tapi tiket abis jugak..hahaha...kawan aku baiti tu pun balik ari raya pertama kul 9 pagi....kami pun kira tak pa la...aku bgtau _____ aku baik aku balik dengan g je...sbb dia nak dtg umah aku jugak..jadi baik balik kedah sekali....then selesai.....

Saturday, November 13, 2010

nothing changes but it become worse...

lappy....
aku sangat penat lappy....semlm ada something happen...aku marah dengan someone....bila seseorang kasi kita hadiah then kita tak pakai,apa perasaan org yg kasi adiah tu? sudah tentu sedih kan? rasa mcm tak dihargaikan? mcm tu la yang berlaku kat aku....aku kasi hadiah then orang tu tak pakai....sapa tak rasa sakit ati....

then satu malam aku merana n sakit ati sendiri....tak dipujuk....dibiar je....then waktu pagi aku dapat msj bergambar 'thinking of u'....u mean that...i dont think so...u didnt think about me....u just think about yourself, ur frends and ur happy activities....im not important...im just a partime "frend" for u....u didnt realize that....

then masa petang dia kol aku...bukan nak reti say sorry bila mula-mula ckap...aku apa ag buat dont know je la....then dia naik angin...ada patut aku yg majuk n marah dia plak nak naik angin....aku plak yg kne kol dia...argh malas....aku jugak kne berkali-kali kol....aku rasa nak menjerit je waktu tu....dan mmg aku menjerit n nangis waktu tu.......aku dah tak tahan dah....bila aku ckap dia mmg selalu tak dgr pun.....

then salahkan aku...tak lembutkan ati dia...what suruh aku lembutkan ati???ati aku ada dia lembutkan? tak de pun....buat aku marah n sakit ati ada la...then aku jugak yg kne...mcmna pun ckap dgn dia aku jugak tetap salah pada pandangan dia.....dia kata dia tak thu nape aku marah dia....aku rasa aku dah state dah kot knape aku marah?takkan hati tu tuli n batu sangat sampai tak rasa kot....sabar je la...

aku mmg tak tahan aku rasa mcm nak kuar je dr dia....nak g jauh je...tak nak pikir pasal dia...tp tak boleh...aku benci...mcmna nak buat....aku syang tp aku yg sakit....cinta itu banyak menyakitkan dari bahagia...itu yg pasti,....just time yang dapat legakan ati aku nie.....

dah abis aku marah aku buat decision aku nak kuar dr umah nie....nak g tenangkan pikiran....aku g jogging...aku ajak adik g jogging kat Taman Tasik Titiwangsa....sampai kul 7pm....sambil happy2 amik gambar....dapat aku lupakan kejap perasaan sakit ati n marah n menyesal aku tu...then bila balik umah aku terpikir ag benda-benda macam nie....

PLEASE LEARN THIS:
1. pujuk bila aku marah
2. please say im sorry
3. please admit ur fault
4. can u just be nice
5. please call n msj me dont wait until i call n msj u first
6. please layan aku mcm seorg yg special untuk awk...
7. please jangan selalu salahkan saya...awk pun ada salah jua
8. please add more time to be with me
9. dont make me jealous
10. accept me just the way i am

cukup la aku ckap kat sni...thank lappy...i need someone to be with me and love me just the way i am...dont blame me for what u did...just see urself first before blame at me....i know i'm wrong.....
im sorry......MySpace
im suffer MySpace...more than u


MySpaceMySpace

Friday, November 12, 2010

putuskan aku

layaaaaaaannnn...................MySpace


Lirik Lagu Black Jack Band - Putuskan Aku


Menyesal aku dulu pernah menyanjungmu

Bodohi aku dengan segala rayumu

Hari berlalu tak juga kau kabari ku

Mana cintamu yang dulu kau beri untukku


Ini balasmu permainkan aku


Reff:

Jadi segera putuskan aku

Tak sanggupku dibuatmu

Jadi kekasih yang tak dapatkan perhatianmu


Jadi cepat akhiri semua

Cinta tak ada artinya

Dengan alasan mungkin ku hanya cinta pelarian


Hari berlalu tak juga kau kabari ku

Mana cintamu yang dulu kau beri untukku

Oh ini balasmu permainkan aku


Back to Reff


Putuskan aku 3x


sekadar hiburan....

cemburu

salam lappy,

MySpace
apa nak citer ek...sebenarnya aku CEMBURU...mcmna nak eliminate skit perasaan CEMBURU tu ek? aku CEM giler...pantang je syg aku citer pasal perempuan lain or kawan dia..pasti aku tersentuh n ngilu....mcmna nak buat nie....

MySpace CEMBURU oh CEMBURU....................................................

sekarang nie aku serabut sudah...hahahaha.....
k lah nanti ada idea nak tulis apa aku sambung ag k....MySpace

Thursday, November 11, 2010

watever!!!

apa yang watever? hmmm...lappy mesti paham....jgn risau, lappy tuan u nie masih ok ag MySpace...hmm tgk mcm ok tak? tak pe i ok...u tak msj i happy MySpaceje...u g mana tak msj i pun tak pe...u tak pentingkan i pun tak peMySpace....i tak kisah...wah ati aku kesakitan MySpacedoh...suh betul nak pham kan ati lelaki nie....MySpace...penin2 dah lama kwn pun tak paham-paham ag aku mcmna...susah betul....MySpace

aku rasa mcm nak MySpace biar dia jdi mcm nie MySpace

puas ati  MySpace....
hai mcmna nak buat dia pham nie MySpace...atiku MySpacetp dia tak pham jugak...aku jeles dia tak pahm jugak...dia makin dekat ada la....dia tak tau pun aku MySpace...tp dia buat MySpace

haiyo....mlas sudah...whatever to u too....MySpace

horrray merdeka!!!!

MySpace nie la perasaan aku masa abis exam td...jeles tak? hahaha....soalan exam td boleh la jawab...salah betul lain kira janji aku jawab semua soalan....maklumlah aku sorg je amik exam NK4023 (penempatan klinikal pediatrik)...hahaha..anak bongsu pensyarah aku yg belom graduate ag...insyaAllah bakal graduate MySpace tak bape lama ag....

lpas exam apa aku buat? aku nak settlekan thesis aku...aku g pejabat pengarah dlu aku tanya apa ag prosedur nak mulakan thesis aku...dia ckap nah amik nie g buat research...dah ckup dah semua benda.....aku apa ag rasa mcm nak buat nie MySpace...apa maknanya tu....happy loh....tak nampak ke kat mana kartun tu? dah tu aku g jumpa PA doktor tu....ala...tiba-tiba PA dia sakit nak buat operation...aku kembaliMySpace....waaaa....mcmna? takpe akak tu kata Isnin dtg balik...hope isnin ok la blh start data collection.....lappy tau tak aku g dgn sy? kawan aku dayah...penakut la katakan nak g hospital tu...hahaha..aku takut kena marah...

k dah abis pasal tesis tu...kami g bank jap buka akaun bank..maklumlah dah abis belajar nak prepare untuk keje n kawen...hehehe...jadi masing buka la akaun...tp duit tak de pun..hahahahaha...masa dlm bank tu aku tgk trailer unstoppable..mcm best apa ag terus la g tgk wayang KLCC....MySpacebunga2 nak tgk wayang..jgn jeles lappy...

dah buat keputusan nak g KLCC...perut kami berdua dah lapo giler dah...tgk org makan kan medan selera tapi kami telan air liur je la...hahaha...aku tak lalu nak mam kat citu....tunggu punya tunggu bas tak sampai sampai.. MySpacejugak aku....

then dahMySpace...bas dah datang.....misi untuk mam n wayang...teka aku mam kat mana lappy? PIZZA HUT dah lama tak mam kat citu....order mam tuk dua org....dah tu datg nak amik order lambat plak maklumla orang ramai...huhuhuhu....dah tu...baru la dtg amik....then yg sampai dlu chicken sup...then baru air pepsi...maklum la aku dahaga giler....waaaaa....sedapnya MySpace........then garlic bread...dah mkan2 garlic bread tu dah kenyang dah....lepas tu baru chicken supreme datang....aku dapat mam satu je....sbb dah kenyang yang lain aku tapau bawak balik......

lepas abis mam aku n kwn aku tgk wayang....citer UNSTOPPABLE baru je kuar ari nie....citer tu start kul 2.45ptg...citer 2 mendebar dada...best!...dah tu aku g jln2 jap..then aku balik....skarg kat depan lappy kesayangan aku nie...MySpace

k lappy jap ag kita citer-citer ag...MySpace

Wednesday, November 10, 2010

~prepare untuk last paper~


semlm aku susah nak study.....kul baper aku bru blh start nak study.....rasanya dlam kul 11 mlm kot....baru la nak masuk kot...then dah baca plak mcm tak masuk plak apa yg aku baca....haish...susah ati dibuatnya....semlm study sampai kul 3 pagi....then tdo...

paginya dapat panggilan dr pensyarah aku tanya pasal tesis aku...hahaha...nervous jap pasal tu...nak study tak bole...setelah aku cuba dan cuba blh la aku baca....masuk ke tak aku ak tau la....susah ckit nak hafal2 nie...hai..dah tua....otak pun berkarat la ckit...hehehehe...

sekarang aku tengah relax jap...nanti petang aku perbincangan dgn cikgu aku...hahaha...nak ajar statistik...nak masukkan data....kul 5.30 ptg jap ag aku jumpa dia....

mlam nanti kita sambung baca ag k...gambatee yaya!!!! 

k sekarang citer pasal sayang aku plak...dia ada temuduga (11/11/2010) esok kat Kuantan...satu family g...mesti  g umah adik beradik mak dia kat Kuantan....yg penting 'adik' dia pergi jugak....waahhh makin kecemburuan la aku...hahahaha...nie la org kata cemburu tak bertempat...hahaha....sepupu boleh kawen woooo.....mau aku tak jeles....

aku ckap apa ala nak ikut jugak g Kuantan...klu aku tak de exam mesti aku dah ikut...apa-apa pun gud luck my dear....n also gud luck for me too for my last paper exam....huhuhu...

SAYANG GUD LUCK DO UR BEST 
(drku untuk dia & dr dia untuk ku)

Tuesday, November 9, 2010

~I miss her...


tiada kata-kata yang dapat aku luahan di sini
hanya air mata yang mampu merawat betapa aku rindukan dia....
segala kenangan aku dan dia masih segar di ingatan...
kenangan terakhir bersamanya masih segar di minda aku..
pelukkan dan ciuman berulang kali yang begitu asyik apabila diingati..
timbul rasa curiga mengapa dia begitu....
selalunya hanya pelukan dan ciuman di pipi,dahi dan hidung itulah ciuman darinya....
sekarang tiada siapa yg dapt berikan ciuman seperti itu....
hanya kenangan dirasa...
kepulangan ku di rumah tidak disambut lagi...
sebelum kepulangan ku....
dia selalu adik mahu makan makanan apa apabila sudah pulang ke rumah?
pastinya sup tulang kegemaranku...
tapi sekarang tiada lagi masakan kegemaranku...
tidak sesedap air tangannya...
kepulangan ke rumah ku semakin sunyi dan sepi...
bagai tiada suasana riang...
dia suaranya di dalam rumah...
apakan daya dia sudah pergi 
menemui Tuhan yang satu....

Al-fatihah
kepada ibundaku...
Cik Mas Awang.....
Semoga rohmu dicucuri dan dirahmati...
serta ditempatkan dengan orang-orang beriman....
Amin....

Monday, November 8, 2010

Ya Allah~betul2 menduga aku

lappy, mcmna nak siapkan thesis data collection dalam masa 3 minggu...impossible la....dengan Dr HKL suh aku daptkan kelulusan semula daripada pengarah...macmna...proses pengarah dah amik masa 2 minggu at least la...mcmna? aku dah takut sebenar...duk pikir mcmna nak siapkan keje nie....sekarang aku dah sakit kepala sangt....nak study untuk exam aku ag satu....yaya kne betul2 kuatkan semangat nie....

yaya tolong buat benda nie....

lpas exam kne p bilik pengarah...
then g jabatan oftalmologi jumpa Dr
nak bincang dgn Dr nak mintak kebenaran untuk buat data collection dengan cepat....
hope sangat Dr tu setuju....

yaya kamu kne kuatkan semangat betul2 kali nie....
InsyaAllah semuanya akan berjaya...
Amin......

THANK LAPPY...
selalu ada dgn saya...
Muaaah :-*


makan!makan! and makan

salam lappy...
dalam minggu nie aku makan banyk sekali..hahahaha...aku makan:


makanan yang selalu aku makan kat McD

Set big mac la sebelum nie......
sekarang aku suka makan ayam Mc D satu set yang nie.....

then dalam minggu nie jugak aku makan KFC:


yang nie favorite aku

then first time aku mam kat chicken rice shop....
jgn plak nak gelak kat aku plak first time aku mam


Twin delight:

  • Pai Tee (Regular)
  • Single Serve Chicken (Choice of Roast, Steamed or Braised)
  • TCRS Honey BBQ Chicken
  • Ipoh Bean Sprouts (Regular)
  • Sai To Fish Balls (Regular) or Towfoo with Oyster Sauce
  • 2 bowls of Rice
  • Soup of the day
  • 2 Pepsi
Aku cari gambar tp tak dapat la....

then ari nie aku  makan auntie anne



mam mlm aku dengan dayah:

tomyam campur

kailan ikan masin

telur dadar

som tam betik.....
sedap....
aku ajar dayah makan makanan Thai....

wah takutnye berat badan naik.....nanti tak cantik nak pakai bju cantik n kiut yg aku beli...waaaaa....kena tetapkan semangat nie nak turunkan berat badan ckit....ke 50kg...mcm impossible kan...ala....
yaya kuatkan semangat.........

TURUNKAN berat ke 50 KG

Sunday, November 7, 2010

I just LOVE him so much...

All this the answer for the earlier post from me.........

I know u HURT me so much...

But I'm want u to be my BF & future HUSBAND

Can u see that I LOVE U...

Can u know that u're so IMPORTANT to me?

Can u realize why I'm WAITING for u....

Can u see every HARD WORK I do to make u HAPPY?

Can u see I tell u every JOKE to make u LAUGH.....

Can u realize that every morning, evening and night I'll be WAITING for u to sms n call me.......

Can u see what I'm WAITING for at night?

Can u know that I'm waiting for a GOOD NIGHT wish.....

Can u realize how much I want u to be HAPPY and SAFE......

Can u see when I quarrel with u, I'm the once who say SORRY first.....

Can u realize how much that I CARE and LOVE u.....

Can u see all my EFFORT for u to make u HAPPY.........

Can u see EVERYTHING I DONE for u?

I just know how to LOVE YOU, baby.....

I'm sorry..................

I'm REALLY SORRY for everything.............

Sabarlah wahai hatiku

PETIKAN DARI ILUVISLAM:

Membuat aku terfikir untuk segala yg aku alami selama ini:

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.

Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.

Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.