Aku tercabar dengan suatu teguran yang nampak begitu BODOH bagi aku….perhubungan yang dijalinkan atas harta atau kekayaan,..Ya Allah tak terjangkau fikiran aku untuk berfikir sebegitu….aku bukan mata duitan..itu la fikiran orang tua yang aku katakan KUNO….
Dalam bab perkahwinan, contohnya….selalunya minah-minah mulut kepo nie akan bertanya..’eh berapa wang hantaran ko? Duit mas kawen ko berapa? Kemudian akan dibanding-bandingkan….apa kena dengan manusia ini tak abis-abis nak bandingkan…klu dia paling dapat banyak wang hantaran dialah yang paling hebat…begitu? Takkan berkekalan hubungan itu…Ya Allah jauhkan aku dari sifat suka membanding-bandingkan….
Satu lagi yang biasa terjadi…jika wang hantaran terlalu tinggi…’ wah giler la macam nak jual anak’…kalau terlalu rendah plak…”eh ada apa-apa ke? Entah dah berisi” Astagfirullah….manusia….kalau mahal atau murah dijadikan topic untuk memfitnah…
Wang hantaran biarlah dilihat pada upaya bakal suami kita…bukan pada upaya dan kehendak kita…biarlah bernikah itu dengan penuh kesederhaan…itu yang dimuliakan oleh Allah…jika kita bernikah dengan membuat secara besar-besaran kelak akan mengeluarkan sikap bangga diri dan sombong…elakkan sikap menunjuk-nunjuk…
Maaf, aku berkawan bukan kerna harta tapi kerana kebaikan dia kepada ibu bapanya…bukan aku kata harta itu tidak penting…tapi harta itu boleh dicari..tapi kebaikan? Ada orang yang katakana pada aku..eh ko mintak wang hantaran berapa? Aku ckap 8000rm…tapi tengok pada bakal suami aku la…
Kemudian dinaikkan lagi..kalau murah sangat nanti malulah dengan orang kampung….kalau mahal boleh berlagak sombong la gitu? Kenapa nak dimalukan klu wang hantarannya rendah? Wang hantaran tidaklah sehingga membebankan pihak lelaki….yang wajibnya hanyalah nikah…itu yang penting…maharnya tidak lah tinggi…sekadar sepasang kain telekung dan Al-Quran itu sudah cukup….jika kamu mampu buat la apa yang kamu mahu..hantaran 15 ke 20 ke..ikut lah…jangan sampai kamu bongkak sudah….dan juga pertimbangkan lah bakal suami itu juga…jangan sampai kamu membebankan dia sudah…
Semua orang menginginkan sebuah perkahwinan yang indah…dalam seumur hidup hanya sekali….betul! tapi lihatlah pada upaya kita dan bakal suami….berpada-pada….jangan sampai lepas kawen suami sudah tiada wang untuk memberikan makan dan minum sudah…kang tak pasal gaduh then cerai berai…Ya Allah jauhkan aku dari semua ini…
Aku tahu bukan begitu baik..tapi janganlah fikiran itu terlampau tertutup....bukalah minda dan fikir betul-betul….kebahagiaan kita tidak terletak pada harta atau kekayaan semata-mata….ingatlah…ukur baju dibadan sendiri dulu…kalau dah ukur baju kan badan sendiri jangan lah kasi baju kamu tu kepada kawan-kawan kamu…saiz kamu berbeza!!!!