Malam ini aku coretkan cetusan hatiku….perasaan aku….aku tak sanggup melihat ayah aku menderita dek kerana kanser durjana itu….dalam setahun ayah aku sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa….boleh makan apa yang dia mahukan……
Tapi setelah setahun menjalani kehidupan biasa tetapi kanser itu datang kembali…lihatlah bertapa durjananya kanser ini…membuat ayah aku derita….dek kerana kanser tersebut ayah aku terpaksa menjalani rawatan kemoterapi….sebanyak 5 hari bagi setiap cycle….ayah muntah, letih dan tidak bermaya….
Dek kerana kemo ayah aku letih tidak bangun atau berjalan seperti biasa….aku mohon pada Mu Tuhan sembuhkan ayahku….Tolong jangan kasi ayah aku menderita lagi…aku tak sanggup untuk melihatnya deritanya….setiap kali ayah aku tidur aku akan pandang mukanya….kesian ayah aku….Maafkan aku ayah…..
Malam ini aku tidak dapat menahan air mata ini dari mengalir….aku terpandang ayah aku tidur mala mini….mukanya tidak sejernih dan tidak seceria dulu….mulutnya dan tangannya pucat….naluriku mengatakan ayah aku akan sembuh….
Setelah kemo dan usaha yang dibuat ketumbuhan dan bengkak juga berkurang…..Alhamdulilah syukur padaMu Tuhan….tapi mengapa ayah aku tidak bermaya jua….susu diberi secukupnya…tetapi ayah tetap letih…..apa yang aku boleh bantu? Ayah maafkan adik….tak dapat bantu ayah….hanya dorongan dan semangat yang boleh diberikan….
Sikap keanakkan ayah itu hanya untuk bermanja dengan aku….malam ini aku janji tidak akan marah lagi…aku akan tingkatkan tahap kesabaran dan kecekalan atiku untuk menjalani nya……Ya Allah sembuhkan ayah aku…..Kurangkan derita nya di alaminya…..aku memohon padaMu Tuhan……
Maafkan aku….sayang aku pada mu hanya keras…..maafkan aku…..tapi aku memang sayang kamu,,,,Ayah….

No comments:
Post a Comment