Thursday, February 10, 2011

Sekadar minat atau tanggungjawab??

 

Setelah lama aku berulang alik, menetap di hospital atau praktikal di hospital telah membuat aku membuka mata…berapa ramai yang mendapat layanan yang memuaskan daripada jururawat sendiri….bukan untuk membuka keburukan tapi sekadar untuk berkongsi cerita….sepanjang aku menjaga arwah mak semasa mula-mula ibu aku di tahan di hospital sikap sesetengah jururawat tidak memuaskan….aku hanya sekadar ingin tahu keadaan dan keputusan ECG arwah mak aku itu saja sehingga memandang aku dengan tidak puas hati dan mulut berkata ‘ ada belajar ke? Tahu ke nak baca?’ hangat aku ketika itu….aku terus menjawab ‘ye saya ada belajar saya pernah belajar di Uni…saya amik Occupational Therapy’..ha!!! terdiam ko…sakit ati aku…lepas itu baru nak bagitau keputusannya…

Tidak bolehkah orang tidak mempunyai pelajaran atau rendah pelajaran untuk mengetahui keputusan saudara atau ahli keluarga sendiri…itu keluarga mereka! Mereka patut tahu apa yang  terjadi pada ahli keluarga mereka…jangan terlalu pandang rendah pada orang ini…mereka ada perasaan ada hati….

Ada lagi beberapa kejadian lagi yang melibatkan sikap jururawat….ada seorang pesakit yang baru balik dari dewan bedah…fracture mandible…then after OP ada pendarahan di mulut…mulutnya penuh dengan darah…setelah berulang kali ahli keluarga memanggil jururawat yang bertugas..tapi panggilan diendahkan hanya percakapan yang di bagi…’suruh la dia ludah….then setelah itu kami buat apa yang kami boleh tolong pesakit tu….keluarkan darah pakai tisu..setelah 6 plastik darah kami kumpulkan….akhir sekali pertukaran shift…memberitahu seorang nurse yang baik datang membuat suction untuk keluarkan darah tersebut….beginilah situasi sebenar di hospital…ada nurse yang baik dan care pasal pesakit….malamnya doktor pakar bahagian mulut datang untuk membuat pemeriksaan mendapati terdapat salur darah yang pecah yang menyebabkan darah keluar dengan banyak…jika diberikan perhatian yang baik pasti akan dapat dirawat dengan cepat…bayangkan pesakit tersebut terpaksa menahan selama beberapa jam….setelah dipastikan jahitan pada luka itu dibuat….

Jururawat yang minat terhadap profession ini akan terus memberikan perkhidmatan yang baik untuk melaksanakan tanggunjawab pada masyarakat…jika jururawat yang tidak berminat dan hanya melakukan tugas hanya sekadar menjalankan tanggungjawab itu tidak akan membawa kepada kepuasan hati….apabila sesuatu profesion itu kita minat…kita akan enjoy setiap pekerjaan yang kita lakukan dan akan memberikan senyuman pada semua pesakit…

Tidak dinafikan profesion sebegini amat memenatkan dengan segala kerenah pesakit, doktor dan sebagainya membuatkan sesetengah jururawat bermasam muka dan membuat ala kadar pada pesakit…aku disini sekadar untuk berkongsi dan tidak menyalahkan mereka 100%...dan sebagai ahli keluarga yang menjaga pesakit disini juga perlu memainkan peranan untuk membantu dalam meringankan bebanan tugas jururawat ini…apa yang ahli keluarga boleh belajar dan berani untuk membuat sendiri patutlah dilakukan dengan sendiri untuk ahli keluarga yang disayangi….

Jika ingin terlibat dalam profession ini pastikan anda berminat dengan pekerjaan sebegini…memang Negara amat memerlukan ramai jururawat…bukan disebabkan ingin senang mendapat pekerjaan maka profession ini dipilih…tapi tanamkan minat dan ingin berbakti pada pesakitnya….sesetengah aku dapat lihat jururawat yang mengandung dalam menjalankan tugas tidak pernah melekangkan senyuman pada pesakitnya…mungkin disebabkan dia begitu mengenjoykan diri dalam menjalankan tugasnya walaupun berbadan dua…..tahniah kepada semua jururawat yang berbakti…perbaiki apa yang perlu…sikap, pandangan dan suara agar sejajar dengan kebaikan yang diberikan….

No comments:

Post a Comment