Di ketika ini aku ingin coretkan luahan rasa aku setelah seminggu berada di hospital ini…dugaan dan kesabaran aku makin tercabar dek menunggu hari untuk mendapatkan rwatan kimoterapi…apa yang kamu pikirkan ketika di hospital? Kamu boleh melihat pelbagai penyakit yang boleh membuka mata kita yang selama ini hanya tinggal di rumah…
Di hospital ini kita akan melihat pelbagai karenah manusia yang kadang-kadang bakal menguji kesaabaran kita sebagai manusia yang kedil….kadang kita di duga oleh kematian yang mendatang….kita dapat melihat kasih seorang suami terhadap isteri atau sebaliknya…yang setia menanti kesembuhan atau keajaiban yang bakal berlaku….kasih ibu terhadap anak yang terlantar juga begitu banyak untuk dilihat di hospital ini….
Itulah siapa yang sanggup untuk tinggal di hospital berbulan-bulan atau bertahun-tahun? Semakin hari semakin aku di duga dengan karenah orang tua ku yang makin menjadi-jadi…entah di mana salahnya…makin bersabar makin diduga..makin hebat cabarannya….entah mengapa orang tua ku semakin hari semakin keanak-anakan..patang salah sedikit pasti jelingan tajam akan hinggap di matanya….apa perasaan anda semasa itu….tercabar bukan? Bagaimana segala kelengkapan sudah anda sediakan tetapi dia masih tidak berpuas hati? Bagaiman rasanya jika orang tua kamu tidak bercakap dengan kamu dan hanya bercakap dengan orang lain sedangkan kamu tunggul yang mati tak mahu menunggu di sini? sedih bukan? Terdetik perasaan sedih dan ingin menangis….dan kamu akan rasa tertekan….itulah situasi aku ketika ini….
Sanggupkah kamu menghadapinya saban hari dengan segalanya begitu…dalam satu hari perangai marahnya makin menjadi…kadang 3 kali dalam satu hari…kamu sudah bercakap baik…sudah siap semua kemahuannya…sudah lengkap segala-galanya….kadang sebagai anak kamu ingin menguap orang tua kamu tetapi tiba-tiba kamu dimarahinya dengan menunjukkan penampar…apa kamu rasa? Ya Allah salahkah aku berbuat baik? Salahkah aku bermanja dengannya? Berderai air mata aku jatuh tanpa henti…terasa di hati aku diperbuat begitu….begitulah emosi aku ketika ini…hati aku sangat terasa dan tertekan dengan segalanya….
Sudah dinasihati dengan pelbagai cara tapi tidak didengar…siapa anak untuk bertergur orang tuanya…tidak akan mendengar kata-kata aku…mengapa aku seorang sahaja dia menunjukkan perangai sebegini…mengapa bukan kakak aku…mengapa dia tidak berani berkata apa padanya..tapi mengapa aku? Semasa aku menjaga di Pulau Pinang pandang muka aku sudah menaikkan darahnya? Apa salah dengan muka aku…selepas itu aku mengambil alternative lain…aku duduk bersendirian sambil melayan lagu di taman…apa kamu rasa keseorang di situ…bukan sehari dua aku begitu tapi sehingga 2 bulan…apabila aku berbual dengan pak cik lain juga marah…salah kah aku berbual? Salah kah aku? Kamu sanggup duduk bagai orang bisu di tepi katil sehingga setiap malam untuk saban harinya?
Aku coretkan disini bukan untuk membuka pekung di dada tapi sebagai penyembuh kehibaan dan kesedihan aku…sukar meluahkan perasaan…sebagai pengajaran…ya orang yang tidak mengalaminya akan cakap aku ini anak derhaka tak baik mendedahkan segalanya dan senang berkata sabar….ya aku sabar menjalani ini semua….kita ini manusia yang lemah…yang perlukan tempat untuk meluahkan…semakin dipendam semakin busuk dan semakin bernanah….ingatlah menjaga orang tua sendiri bukan suatu yang senang….susah sebenarnya….. Hati menangis…air mata berjurai-jurai mengalir ke pipi…siapalah hanya anak yang setia menunggu sinar yang bakal merubah segalanya…hati makin bernanah makin tertekan….itulah cabaran….
Ya Allah ampunkan anak derhaka ini….ampunkan aku kerna menagih simpati padaMu…ampunkan aku kerna membebankan Mu Ya Tuhan…kerna Kaulah tempat aku mengadu segalanya…dan Hanya Kau sahaja yang memahami isi hati yang terpendam ini…..Ampunkan aku…..

No comments:
Post a Comment