Badai sentiasa melanda…angin sentiasa bertiupan….matahari sentiasa menyinarkan sinar di siang hari..bulan menyinarkan cahayanya untuk menyinari malam harinya pula….begitulah kehidupan….kehidupan ada pasang surutnya….bagaimana dengan hidup aku?
Semasa dan selepas menjalani kesabaran makin di duga dengan pelbagai karenah keanak-anakkan….seperti yang biasa aku dengar adat la tu orang tua….aku tahu makin tua makin menjadi keanakkan…selama menjalani rawatan segalanya makin berubah..makin perlukan banyak kesabaran….
Kesian aku lihat orang tuaku menjalani rawatan….beliau tidak bermaya…letih….muntah….dan makin banyak karenah yang tidak di duga….kadang-kadang dia seperti ada dementia…kadang mengamuk…kadang merajuk…dan selalu marah-marah….ianya betul menduga kesabaran dan kecekalan aku….
Aku begitu marah….bukan tidak hormatnya…memberitahu apa kesalahannya….tetapi bagai dicurah air ke daun keladi….sehingga jarum di tangan tidak dijaganya….main tarik je sesuka hati…kemoterapi bahaya…merupakan cecair radioaktif…kamu tahukan apa effectnya kan? Namun aku terpaksa menanganinya seperti cecair biasa…melaras..menghentikan…hanya tawakal pada Mu Tuhan….
Pelbagai lagi karenahnya….apabila aku marah aku hanya melarikan diri daripada orang tua ku supaya aku dapat mengawal marah….kadang termarah juga….setiap nasihat yang diberikan tidak didengar…bagaimana? Sudah penat mulut membebel….memberitahu apa yang patut di buat dan tak patut di buat…..
Aku tidak thu mengapa bila tiada sesiapa dia dapat melakukan aktiviti seperti biasa…berjalan seperti biasa…tetapi bila aku ada hanya menunjukkan keletihan…tidak dapat bangun…..bolehkah dia menunjukkan sedikit semangat…kerna aku tidak bersemangat jika dia tidak bersemangat….
Selepas hari ke 3 atau ke 4 orang tua ku pula asyik tersedu…sampai sekarang…entah mengapa….bila di tanya doktor dia hanya menjawab ‘nak membesar rasanya’…..kecian orang tua ku…penat dengan sedunya…..setelah itu aku sibuk membincangkan dan menanyakan nasihat dari seorang sahabat speech..cara bagaiman untuk menelan dengan kondisi ayah sekarang ini….
Setelah dicuba tidak mendapat kerjasama dari ayah aku pula, dia hanya mahu makan makanan yang tidak boleh di makan…yang boleh di makan tidak mahu di jamah atau di jamah hanya sekitar 2-3 suap…bagaimana? Emosi makin celaru makin serabut…makin tercabar kesabaran…..Ya Allah dugaan Kau begitu berat bagi ku….Maafkan aku Tuhan memarahi orang tuaku untuk kebaikannya….aku tahu semua dugaan disebaliknya terdapat kebaikan dan hikmah….Maafkan aku…aku lemah….

No comments:
Post a Comment