Sunday, January 30, 2011

29 Januari 2011



Tanggal 29 Januari seorang rakan rapat aku telah selamat diijabkabulkan di Masjid Kerpan….tahniah buat pasangan mempelai Nurul Shahidah dan Mohd  Lutfi…tergambar perasaan gembira di wajah pasangan dan ahli keluarga…meh aku citer serba sedikit pasal akad nikah tersebut….

Dalam 10 pagi pengantin perempuan keluar untuk mendapatkan solekan yang menawan untuk majlis tersebut…gaya solekan  tidaklah begitu berat…saat menawan dan cantik di tambah lagi dengan coretan perwarna pink pada bibir manisnya…pakaian serba putih dan terdapat sulaman di hujung baju yang menaikkan seri pada susuk tubuh pengantin….kaedah tudung ala-ala Arabic sedikit…kesemuanya sangat menawan dan sedap mata memandang….

Setelah sampai di rumah pengantin perempuan kami menjamu selera  dahulu…kemudian menunggu detik-detik yang bermakna untuk melafazkan akad nikah….setelah masuk waktu Zohor aku dan pengantin melangkah masuk ke dalam kereta viva putih yang dimiliki seorang rakan aku…setelah tiba di Masjid gelora hati aku makin bergoncang…tapi bukan aku yang menjadi pengantinnya…hanya merasai apa yang bakal rakan aku rasai…

Detik bersejarah makin tiba….dupdapdup dap…jantung berbunyi…aku mengusik rakan aku setelah melihat dia makin tidak keruan….begitulah debaran yang dirasakan….setelah selesai menunaikan solat Zohor…kami pun melangkah masuk ke dalam masjid tersebut….wah debarannya kian terasa…debaran semakin dan semakin hebat….

Rakan aku seperti biasa menyuruh aku menjadi jurukamera mengambil detik-detik bersejarah dalam hidupnya….saatnya telah tiba…apabila semua sudah tenang…dan majlis dibukakan dengan doa….kemudian di saat itu aku dapat melihat debaran yang hebat melanda di hati pengantin lelaki yang mengadap juru nikah….hati aku saat berdebar juga…

Setelah disoal serba sedikit tentang agama Islam,…maka majlis dimulakan dengan menandatangani dokumen-dokumen perkahwinan…tandatangan pengantin lelaki, wali dan pengantin lelaki….kemudian pengantin perempuan dipanggil untuk memberitahu juru nikah bahawa adik lelaki mempelai menjadi wali bagi pihaknya…..

Kemudian mempelai disuruh untuk beristiqfar, mengucap dua kalimah syahadah, membaca Al-Fatihah dan berselawat….setelah semuanya telah lulus maka ia dimulakan dengan akad…..

Dimana juru nikah menyatakan “aku nikahkan dikau Mohd Lutfi dengan pasangan kamu Nurul shahidah dengan mas kawinnya RM### tunai”

Maka tibalah masa yang mendebarkan pagi semua pihak….maka pengantin lelaki pula menyatakan “aku terima nikahnya Nurul Shahidah dengan mas kahwinnya RM### tunai!!!

Kemudian, saksi menyatakan SAH!!!...hanya Allah sahaja tahu betapa hebatnya perasaan aku semasa mendengar ungkapan tersebut….hanya sekali lafaz….Alhamdulilah telah sah menjadi sepasang suami isteri…tahniah Shidah n pasangannya Lutfi…pada masa itu aku terasa seperti  ingin  menangis je...aku terpaksa la cover la sebab itu bukan majlis akad nikah aku....aku tahan shaje...tapi hati sangat gementar mendengar akad nikah tersebut dan sangat gembira apa bila dikatakan SAH!!!

Nanti akan tiba masa untuk  majlis aku pula nanti….moga hari majlis akad nikah aku akan datang dengan cepat…hehehe…gatal pulak…macamna aku tak gatal umur dah makin meningkat jadi aku terpikir la kearah mencari kehidupan seterusnya….nak aku share je gambar kat sini tapi maaf la cable camera tak de la….nanti aku share k…bye emosi….

Hidupku kian mencabar



Pagi yang menyejukkan….aku perlu mandi seawal ini kerna aku perlu menuju ke Pulau Pinang…badanku menggigil kesejukan….apa keperluan aku ke Pulau Pinang? Pasti tertanya....ke Hospital Pulau Pinang kerna temujanji ayah dengan Jabatan Oncology….begitulah kehidupan aku selama ini….

Setelah selesai bersiap…makan bertolaklah kami bertiga ke Pulau Pinang….perjalanan tak payahlah aku ceritakan disini…hanya aku nak bincangkan perbincangan dengan Doktor Oncology kat sana je….setelah lama menunggu di ruangan menunggu akhirnya nama ayah aku dipanggil….kemudian masuk…

Oncologist bagitau “di sini ada berita buruk…kanser ini dah datang semula dan telah merebak ke bahagian paru-paru…kemudian kami cadangkan supaya kamu menerima rawatan chemotherapy sebanyak 6 kali….5 hari untuk satu cycle….bila dah dapat chemo yang ke-3 kita buat satu CT Scan….kemudian kita tengok ada perubahan tak….jika tak de kita tambah lagi 3 kali chemo…..” 

Hati aku menyatakan pasti selepas ini keadaan ayah aku makin lemah dan kurus….entah la…apa perasaan aku? Entah aku pun tak dapat nak gambarkan perasaan aku seperti apa…hanya redha pada Tuhan yang satu…..setelah selesai urusan kami pun terus pulang ke Kedah…

Dalam perjalanan pulang kami singgah di Mc D Cuma drive thru sahaja….kemudian dah dapat makanan kami pun meneruskan perjalanan…kemudian singgah di tempat persinggahan Gurun untuk memberikan ayah susu….begitu la hidup kami sekeluarga….berulang alik ke Pulau Pinang kemudian Kedah….kamu akan cakap tak pe DUGAAN….betul tak? 

Perjalanan ke Pulau Pinang memakan masa dalam 2 jam lebuh juga….nanti saya kongsikan bagaimana rawatan chemo tersebut dan apakah kesannya…..

Biar aku terang secara ringkas tentang chemotherapy nie…chemotherapy merupakan satu rawatan yang yang membunuh sel-sel kanser yang tumbuh dengan cepat…ini juga akan melambatkan proses pertumbuhan kanser….

Antara kesan-kesan chemotherapy ialah:
1.       System pertahanan badan menurun…menyebabkan senang untuk mendapat infeksi.
2.       Keletihan
3.       Tendency to bleed easily…maksudnya terluka dan senang berdarah…
4.       Akan muntah dan pening
5.       Kehilangan kesemua bulu

Damage to specific organs may occur, with resultant symptoms:

Thursday, January 27, 2011

Kepulangan yang mencabar jiwa



Hari yang begitu menggembirakan apabila aku dapat pulang ke rumah…pastinya tilam yang empuk menanti aku di rumah….owh…bahagianya….pinggang yang begitu menyakitkan yang disebabkan oleh keadaan tidur yang tidak selesa di hospital…..pastinya gembira bagi aku tapi bukan bagi ayah aku….entah mengapa ayah aku enggan pulang ke rumah….kepulangan di rumah hanya disebabkan oleh temujanji di hospital Pulau Pinang sahaja yang memberikan aku peluang untuk merasa kebahagiaan untuk tidur di tilam yang empuk…..dengan meluruskan segala urat-urat kaki ku yang tegang….

Oh kasih ayah membawa bahagia…..kasih ibu membawa ke syurga…itulah perumpamaan yang selalu kita dengar kan? Kesabaran untuk menjaga orang tua begitu mencabar..kadang-kadang memang kesabaran aku tercabar…aku tahu itu dosa…tapi apakan daya….kesabaran ku sudah berada pada tahap yang tidak begitu memberangsangkan…sejak dari satu penantian pada siang harinya telah menyebabkan kesabaran ayah aku tergugat sedikit….disebabkan oleh kelewatan kehadiran kakak aku….kelewatan tersebut bukan disengajakan..oleh kerana dek pekerjaan dan parking yang penuh dan kehadiran manusia yang ramai untuk menziarahi ahli keluarga dan rakan di hospital menyebabkan kelewatan berlaku….

Setelah sudah selesai mengambil anak buah di rumah pengasuhnya..kami terus pulang ke rumah….kerna sudah melepasi waktu minum ayah aku….dek disebabkan rest tube itu ayah terpaksa meminum susu sahaja….dek kerana provox itu tertanggal ayah terpaksa menggunakan rest tube…..Keadaan leher ayah tidak begitu memberangsangkan….seminggunya menanah dan seminggunya sembuh…kemudian berulang lagi…. ADAKAH ITU DINAMAKAN DUGAAN?

Tiada apa yang dapat aku bantu untuk meringankan beban deritanya….pemakaian trachea a.k.a tiub di lubang leher pun sangat seksa….setelah doktor mencadangkan untuk menukarnya…kami pun mula memakainya….susah untuk dimasukkan ke lehernya….sehingga pendarahan berlaku…batuk yang mempunyai darah….bagi aku sebagai anak…aku tak sanggup melihatnya….

Setelah sampainya dirumah, keadaan yang tidak bagus berlaku….ayah menjadi kelam kabut…entah mengapa keadaan ini berlaku….pencucian tiub dibuat dengan sambil lewa oleh ayah….kami sebagai anak menasihati tapi tiada dia dengar….menjadikan keadaan itu sedikit tegang…..ayah suka meletak tiub di merata  tempat….bakteria, kuman yang boleh menyebabkan nanah terjadi lagi….susah hati aku melihat keadaan nya….aku tahu ayah mengalami tekanan….seperti kami jugak anaknya…mengalami tekanan jugak….

Masing-masing penat dengan hal masing-masing…..biasalah manusia…manusia perlu bekerja untuk menyara dan menjaga keluarga….setelah malam mengantikan siang….malam ini begitu  memenatkan bagi aku….aku merasakan sangat penat..dan nyenyak tidur seketika….kemudian di kejutkan untuk memberi minuman pada tengah malamnya….sampai sekarang mata aku tak dapat dilelapkan….memikirkan bila dugaan besar ini tamat…sampai bila keluarga ini akan menjadi kelam kabut….

Didalam kesunyian pagi ini, terdengar satu batukan dan makin kerap oleh ayah…mendengarnya aku merasa terseksa….dan sakit….kesedihan melanda……air mata mula mengalir perlahan mengalir ke pipi….apa yang aku dapat lakukan…..hanya sekadar mendengar…..oh Tuhan dugaan Mu ini begitu besar bagi ku……Kau curahkan dugaan ini kerana Kau masih menyayangi kami sekeluarga….Terima kasih Tuhan…..

Dugaan ini pasti akan berakhir suatu masa nanti…setiap kehidupan ada manis, masam dan pahit dalam kehidupan…jika kehidupan itu hanya penuh dengan kemanisan itu adalah kehidupan yang palsu kerna di dunia takkan ada semua itu….manusia sentiasa diduga oleh Allah untuk melihat ketaatan dan kesabarannya dalam menghadapi dugaan yang diberikan…..cukup lah sampai di sini buat masa ini….bakal aku coretkan lagi luahan rasa dan perasaan pada kamu lagi…..

Sunday, January 23, 2011

Hanya hatiku berbicara



Dugaan masih datang lagi tapi kini makin rancak menduga diri aku….memang salah menyalahkan takdir…tapi aku tak dapat menahan lagi gelora di hati aku…yang kini kian merundum…kesabaran semakin berkurangan…kewarasan makin menurun…..Ya Allah mengapa dugaan masih datang tanpa henti….aku disini tidak dapat menahan lagi segala dugaan ini…..Ya Allah aku tahu Kau akan member dugaan setimpal dengan kesabaran hambaMu…tapi aku tak dapat menanggung lagi derita ini…keseorangan menanggung derita…fikiran ku buntu….masalah yang begitu banyak untuk aku pikirkan tapi tiada penyelesaian….

Kata-kata diluahkan tapi hanya sekadar angin yang sepui-sepui bahasa melanda….apakan daya kata-kataku tidak lah setajam pedang…siapa yang bisa dengar suara hatiku ini….suara hatiku hanyalah tatapan angin yang tidak bisa memberikan petunjuk taufan atau ribut yang bakal melanda….itulah suara ku tidak bisa menggoncang dunia kekeluargaan aku…..siapa aku untuk berbicara tentang keluarga….aku tidak pernah berkahwin? Tidak pernah merasakan tanggungjawab yang besar? Disebabkan itu aku selalu menurut perintah dari pihak tertinggi dari aku…seperti lembu dicucuk hidungnya….

Setiap kali meluahkan pasti aku yang ditembak semula….bagaikan menembak diri sendiri…aku yang hancur….bukan diriku tidak mahu memegang tanggungjawab tapi biarlah berpada-pada….biarlah ada tatasusilanya…bukan aku seorang sahaja yang harus menanggung derita dan perasaan ini….pihak satu lagi harus memegang tanggungjawab ini juga…pastinya bekerjasama…aku tahu pihak kamu juga mempunyai masalah tapi ahli keluargamu hanya seorang ini….

Aku tidak bercakap aku ini baik, sopan santun orang..itu bukan aku….semua orang hanya pandai bercakap…bercakap biarlah kamu merasa apa yang aku rasa…kamu pasti faham….ya kamu bisa ada empathy dalam diri kamu tapi kamu tidak boleh merasakan apa yang aku lalui tanpa kamu melalui….itu adalah pasti….pasti semua orang cakap kamu pasti mendapat banyak pahalanya….tidak semestinya…bagi aku dosa itu lagi banyak….kamu marah, bercakap kasar, jawab ah, dan sebagainya…pasti mengundang dosakan? 

Aku bukan orang yang begitu sabar….aku bukan orang yang baik pertuturannya, bukan juga baik budinya…tambah perlakuan ku bukan la sebaik perempuan lain…dan aku jugak tidak berkata aku ini perempuan jahat….kamu akan mengerti apabila kamu tidak mendapat cukup yang sempurna, rehat yang secukupnya pasti kamu akan cepat marah….itu yang pasti….

Seseorang yang melihat aku pastinya memikirkan aku tiada masalah…seorang yang happy sahaja…itulah manusia…tiada dapat membaca perasaan ini….hanya Tuhan yang dapat membaca….bila aku bercerita hanyalah sekadar mengurangkan perasaan aku…bukan niat aku untuk menambahkan kesusahan….aku tahu ada yang antara kamu memahami…

Hati ini asyik mengeluh…mengapa? Ya Allah maafkan aku…aku selalu mengeluh atas dugaanMu….aku hanya manusia yang lemah….yang lemah dalam menangani masalah ini….Maafkan aku….menangisi segala penderitaan aku…aku letih…maafkan aku….tak mampu menahan lagi….

Ya Allah aku menangis…hati ku sebak menghadapi dugaan ini…keseorangan kesunyian yang aku lalui tanpa seseorang disisi….Maafkan aku…aku insan lemah…..


Friday, January 21, 2011

Ayah aku menghidap kanser transglottic



Kembali ke tahun 2009, pada mulanya aku ingat ayah aku demam sbb tu suara dia serak basah….then aku kata makan la air banyak skit….selepas beberapa minggu sampai ke sebulan tak sembuh jugak…then ayh pun pergi check kat doktor….dorg terus refer kat bahagian pakar ENT….selepas itu dorang tgk dan buat decision nak buat operation…tapi ayah aku tak nak….then ayah aku berubat kampung dulu…tapi makin lama makin teruk…suara makin ilang,then sesak nafas tak boleh makan…masa tu aku kat KL study lagi waktu tu….aku share link nie kat korang..may be boleh tambah knowledge jugak kan….
  http://www.canceranswers.com/Larynx.Cancer.html

Masa aku balik kampung aku terkejut gila….ayah aku sangat kurus….mmg terkejut besar la….aku pun ada buat pembacaan skit tentang symptom-simptom ayah aku….mengikut pembacaan aku tu maybe ayah aku mengidap kanser….aku pun bgi tau ayah aku nanti dia merebak ke tempat lain…ayah kne buat operation….tapi aku tak memaksa la…takut jugak klu paksa kang aku jadi apa-apa kang aku plak menyesal…

Selepas 2 bulan kemudian ayah aku pun dah makin teruk…ayah buat keputusan suh buat operation….operation pertama ialah buat lubang kat leher dia….nama dia tracheostomy…nanti klu tenet laju aku tunjuk gambar…minor operation la….


then yang kedua operation ialah laryngectomy…iaitu buang larynx dia…semua kne buang la kalenjar kat leher seperti tyroid, para thyroid n larynx la kne buang….lepas tu ayah aku dah tak leh ckap lagi….kne tengok pergerakan mulut ja…mmg susah mula-mula tu nak paham tp dah lama-lama tu boleh la paham sikit-sikit…masa operation nie doktor ada buat satu lubang kat dalam leher…nak masukkan peti suara tiruan….tunggu dia heal elok-elok baru buh peti suara tu….

nie procedure laryngectomy...



klu tak berani nak tengok...tak payah tengok  

Dah sihat ckit terus g buat treatment kat Penang for radiotherapy…Tahun lepas (2010)..operation minor buat enlargement of digestive tract….sebab sempit….makan asyik lekat ja…dia masukkan macam tiub kat dalam digestive tu….

Tahun nie plak (2011) after g check kat GH Penang tu doktor suspect kanser tu datang balik….dia jadi ketumbuhan kat tepi lubang tacheo tu…datang balik HSB plak buat CTscan…result kuar confirm memang ada balik kanser tu kat leher tu….sekarang nie dah merebak kat paru-paru…

Aku Tanya doktor ayah boleh hidup berapa lama? Doktor pun tak boleh nak bagi tempoh…dia pun tak berani…ENT dah tak dpat nak bagi offer apa-apa ag….aku sedey sangat…last choice hanyalah chemotherapy…itupun hanya nak melambatkan proses kanser tu merebak…sekarang nie hanya tawakal pada Allah sahaja….

Sekarang nie aku update blog nie pun kat hospital dah hamper 3 minggu aku kat cni…admission because of abcess kat ketumbuhan tu…then struktur leher ayah kat dalam tu pun dah berubah bentuk…peti suara tiruan pun dah terjojol skit..dah g betulkan tp ayah batuk kuat terus tertanggal…lepas tertanggal tu ayah tak boleh makan secara oral….hampir 2 minggu pakai rest tube sbb tunggu lubang provox tu tertutup…mesti korang tertanyakan provox tu apa? Provox tu peti suara tiruan… nie gambar provox 



Sampai sekarang masih on resttube…doktor nak suture tp tak boleh kat situ ada sel kanser nanti klu bleeding susah..jadi doktor kasi ubat supaya gel tu boleh mempercepatkan penyembuhan lubang tersebut….hanya doa dapat aku berikan…supaya ayah sihat….

Kanser nie terjadi disebabkan ayah aku heavy smoker dan sembur racun tak pakai mask…aku hairan sekarang nie kat kotak rokok dah ada gambar medical problem dah…tapi perokok makin bertambah…sekarang dah jadi trend golongan perempuan plak merokok..aku harap korang semua boleh buka mata skit…merokok membahayakan kesihatan…MEMBUNUH DIRI SECARA PERLAHAN….

Thursday, January 20, 2011

Masalah bertimpa-timpa bagai rojak buah



Masalah rojak!!!
Hati nie dah tak tahan dah asyik nak kena marah ja….berkongsi masalah dengan dia tapi hati aku yang sakit…berkongsi dengan akak aku nanti aku kne marah dengan abg ipar klu aku citer apa yang aku tak puas hati….susah la iduo sebatang kara nie….cakap salah tak cakap salah…..citer kat kawan rapat aku asyik cakap sabar je la….sabar jela….dah penat dah duk dengar…..

Memang la aku nie tengah bersabar…klu tak sabar aku dah hilang dah…takkan ada kat Hospital nie dah….dah kat 2 minggu aku kat hospital….tak de orang nak ganti aku…haish masalah….dlu alasan mengandung sekarang alasan plak susah kne ikut suami….dah tu aku je yang tak kawen maka dijadikan alasan aku yang kne jaga la….anak dua orang tapi yang kne tunggu  n tido kat hospital nie aku sorang ja….apa lah nak jadi sekarang nie…

Perhubungan aku pun lintang-pukang…nak putus sayang…tak putus sakit hati…bak kata pepatah luah mati mak telan mati bapak…haish susah-susah….bila kol je kne marah…bila tak kol plak ckap aku tak kol….dah tu ckap rindu la apa la….kadang-kadang macam aku tak percaya sangat kata-kata sayang and rindu-rindu nie….bila mesej plak…kejap je dua tiga mesej ja….dah tu aku jugak yang sakit hati….orang suka aku waktu aku senang je ke? Waktu aku susah tak plak bagi sokongan….masalah betul lah…

Betul kata-kata orang tua nie….bercinta sebelum kawen nie bagai nak rak…tp dah kawen hampeh….dlu masa tak nikah lagi marah batu tu klu awek tersadung…try klu dah kawen confirm la marah si isteri tu…’’hang tak nampak ke batu tu? Buta ka? Haaaa….tu klu dah kawen…..walaupun aku belom kawen ag aku dah tengok benda nie jadi kat akak aku sendiri…..
Macammana nak buat ek? Tak thu dah macammana nak pulihkan hubungan nie…aku yang selalu cuba pulihkan keadaan tapi selalu cemari…macam mana…..dah jumpa tp lepas seminggu jadi balik…dah tu takkan nak jumpa tiap-tiap hari….nanti jemu dan bosan plak….masalah betul…korang ada pandangan tak? 

Setakat nie je la aku nak bebel…nanti aku bebel lagi…tahu klu aku tulis panjang-panjang pun korang malas nak bacakan? Tak kisah la…aku tulis hanya nak meluahkan perasaan aku ja….sakit hati aku….sekarang aku dah tak de tempat nak meluahkan perasaan aku….tiada tempat bergantung…..jadi kat sni je aku boleh bercerita….hope jangan ada plak orang yang terasa hati….

Wednesday, January 19, 2011

Nak ke next step jugak




Haish petang nie aku dapat berita kawan aku nak ke next step dalam perhubungan..bestnya dia…tak sampai setahun pun sesi perkenalan dorg dah nak bertunang 19 Mac 2011….tertiba aku terasa sedey plak….aku kat takat yang sama la jugak selama 6 tahun….haish entah bila….duk tunggu dan  makin menunggu macam rasa terseksa jiwa dan raga….

Dia nak cukupkan 10 tahun kot….tak sampai 10 tahun aku dah bosan mcmna? Sayang perhubungan nie sebenarnya….klu aku tak sayang dah lama aku setuju je dgn ayh aku….haish tak pe la bukan jodoh aku lagi rasanya (menyedapkan ati je)…hati tetap sakit jua….

By the way to kawan aku  to selamat bertunang ye..dan cepat2 nikah…hehehehe….kepada diri aku sendiri gud luck la untuk perhubungan aku nie…semoga cepat-cepat ke next step……


Semoga Berjaya Emosi….. 
Keep waiting and waiting until now

Wednesday, January 12, 2011

sambutan New Year 2011


Penulisan aku terstop sekejapkan….sekarang aku nak sambung balik citer aku….sekarang dah masuk 2011…dah 18 hari berlalu….cini aku nak citerkan pengalaman pertama aku menyambut new year…hehehe….perjalanan aku bermula disini….

Aku berangkat ke Kuala Lumpur selepas aku pulang ke kampung halaman….kemudian tanggal 31 Disember aku berangkat ke Bentong, Pahang menaiki bas pada jam11.30am….dalam bas aku berkenalan dengan seorang nenek….yang menggelarkan diri sebagai Wan Yam yang berasal dr N9 tetapi menetap di Cheras… Wan Yam tidak mempunyai anak hasil daripada pernikahan dengan arwah suami….kemudian mengajak aku menjadi sebagai cucu angkat dan mengajak aku menetap di Cheras bersamanya….setelah mengetahui aku sepatang kara di Kuala Lumpur….aku sekadar memberikan senyuman….

Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam setengah….kemudian aku sampai…Kaza blum sampai ag ke Perhentian Bentong lagi…may be dalam setengah jam dia sampai……setengah jam kemudian, Kaza sampai menaiki kereta Iswara hitam…aku pun pergi menemui dan terus meneruskan perjalanan…pada mulanya kami bercadang untuk menyambut New Year 2011 di Genting Highlands, Pahang tetapi hajat kami tak kesampaian kerna rakan-rakan Kaza mengajak kami ke I City, Shah Alam….sementara menunggu ketibaan rakan-rakannya kami menjamu selera di Genting Sempah. Mejamu selera dengan Mc Donald. Menu kami seperti biasa Ayam Goreng Mc D dan Burger Chicken Mc Deluxe. Setelah kekenyangan kami menunggu ketibaan rakan-rakannya. Iz nama panggilannya memberitahu kami supaya kami  menjemputnya di Sky Way Goh Tong.  Kami pun meneruskan perjalanan menaiki bukit untuk ke sana. Setelah sampai dan sambil menunggu Iz kami pun mengambil beberapa gambar untuk dijadikan kenangan.
Setelah tibanya kehadiran Iz kami terus ke Genting Sempah semula untuk bertemu seorang lagi temannya, Hafiz. Keduanya menjamu selera. 

Kami meneruskan perjalanan ke Shah Alam untuk mengambil rakan Hafiz, panggilannya Mek dan rakan Iz, Ina. Masing-masing menaiki kereta. Tiga buah kereta menuju ke Shah Alam. Kemudian membuat perancangan ke Klang tetapi dibatalkan kerana sesat dalam perjalanan ke sana.

Kemudian, terus menuju ke I City, Shah Alam. Setibanya dalam jam 8 malam….terlalu awal tiba disana….Kaza telah menunjukkan muka yang tidak gembira dan kebosanan. Aku tidak tahu bagaimana untuk menggembirakan hatinya. Di situ kami snap beberapa pics.
Tanggal kul 12 kami melihat bunga api di Icity. This is my first time menyambut new year. Sangat cantik bunga api tersebut…

Happy New Year sayang…

Happy New Year semua…..

Setelah selesai menyambut detik 12 malam, masing- masing menuju ke tempat letak kereta…kesemua kereta tidak dapat keluar pada malam itu kerana kesesakan jalan raya…kami masing-masing menunggu di dalam kereta….dan Kaza penat memandu dan tido sekejap di dalam kereta. Jam telah menunjukkan 1.30 pagi. Setelah dapat melalui kesesakan jalan raya kami meneruskan perjalanan ke Downtown Shah Alam untuk menjamu selera…
Menjamu  selera di suatu kedai….masyaAllah begitu lambat penghantaran makanannya…2.30 pagi sampai 3.30 pagi baru mendapat makanan..kesemua kelihatan muka yg sangat menyampah dan kelaparan…selesai makan kami menuju ke tempat tinggal Ina.. aku, dan Mek tidur di tempat tinggalnya…manakala lelaki menginap di Hotel…