Tanggal 29 Januari seorang rakan rapat aku telah selamat diijabkabulkan di Masjid Kerpan….tahniah buat pasangan mempelai Nurul Shahidah dan Mohd Lutfi…tergambar perasaan gembira di wajah pasangan dan ahli keluarga…meh aku citer serba sedikit pasal akad nikah tersebut….
Dalam 10 pagi pengantin perempuan keluar untuk mendapatkan solekan yang menawan untuk majlis tersebut…gaya solekan tidaklah begitu berat…saat menawan dan cantik di tambah lagi dengan coretan perwarna pink pada bibir manisnya…pakaian serba putih dan terdapat sulaman di hujung baju yang menaikkan seri pada susuk tubuh pengantin….kaedah tudung ala-ala Arabic sedikit…kesemuanya sangat menawan dan sedap mata memandang….
Setelah sampai di rumah pengantin perempuan kami menjamu selera dahulu…kemudian menunggu detik-detik yang bermakna untuk melafazkan akad nikah….setelah masuk waktu Zohor aku dan pengantin melangkah masuk ke dalam kereta viva putih yang dimiliki seorang rakan aku…setelah tiba di Masjid gelora hati aku makin bergoncang…tapi bukan aku yang menjadi pengantinnya…hanya merasai apa yang bakal rakan aku rasai…
Detik bersejarah makin tiba….dupdapdup dap…jantung berbunyi…aku mengusik rakan aku setelah melihat dia makin tidak keruan….begitulah debaran yang dirasakan….setelah selesai menunaikan solat Zohor…kami pun melangkah masuk ke dalam masjid tersebut….wah debarannya kian terasa…debaran semakin dan semakin hebat….
Rakan aku seperti biasa menyuruh aku menjadi jurukamera mengambil detik-detik bersejarah dalam hidupnya….saatnya telah tiba…apabila semua sudah tenang…dan majlis dibukakan dengan doa….kemudian di saat itu aku dapat melihat debaran yang hebat melanda di hati pengantin lelaki yang mengadap juru nikah….hati aku saat berdebar juga…
Setelah disoal serba sedikit tentang agama Islam,…maka majlis dimulakan dengan menandatangani dokumen-dokumen perkahwinan…tandatangan pengantin lelaki, wali dan pengantin lelaki….kemudian pengantin perempuan dipanggil untuk memberitahu juru nikah bahawa adik lelaki mempelai menjadi wali bagi pihaknya…..
Kemudian mempelai disuruh untuk beristiqfar, mengucap dua kalimah syahadah, membaca Al-Fatihah dan berselawat….setelah semuanya telah lulus maka ia dimulakan dengan akad…..
Dimana juru nikah menyatakan “aku nikahkan dikau Mohd Lutfi dengan pasangan kamu Nurul shahidah dengan mas kawinnya RM### tunai”
Maka tibalah masa yang mendebarkan pagi semua pihak….maka pengantin lelaki pula menyatakan “aku terima nikahnya Nurul Shahidah dengan mas kahwinnya RM### tunai!!!
Kemudian, saksi menyatakan SAH!!!...hanya Allah sahaja tahu betapa hebatnya perasaan aku semasa mendengar ungkapan tersebut….hanya sekali lafaz….Alhamdulilah telah sah menjadi sepasang suami isteri…tahniah Shidah n pasangannya Lutfi…pada masa itu aku terasa seperti ingin menangis je...aku terpaksa la cover la sebab itu bukan majlis akad nikah aku....aku tahan shaje...tapi hati sangat gementar mendengar akad nikah tersebut dan sangat gembira apa bila dikatakan SAH!!!
Nanti akan tiba masa untuk majlis aku pula nanti….moga hari majlis akad nikah aku akan datang dengan cepat…hehehe…gatal pulak…macamna aku tak gatal umur dah makin meningkat jadi aku terpikir la kearah mencari kehidupan seterusnya….nak aku share je gambar kat sini tapi maaf la cable camera tak de la….nanti aku share k…bye emosi….

No comments:
Post a Comment