Friday, January 21, 2011

Ayah aku menghidap kanser transglottic



Kembali ke tahun 2009, pada mulanya aku ingat ayah aku demam sbb tu suara dia serak basah….then aku kata makan la air banyak skit….selepas beberapa minggu sampai ke sebulan tak sembuh jugak…then ayh pun pergi check kat doktor….dorg terus refer kat bahagian pakar ENT….selepas itu dorang tgk dan buat decision nak buat operation…tapi ayah aku tak nak….then ayah aku berubat kampung dulu…tapi makin lama makin teruk…suara makin ilang,then sesak nafas tak boleh makan…masa tu aku kat KL study lagi waktu tu….aku share link nie kat korang..may be boleh tambah knowledge jugak kan….
  http://www.canceranswers.com/Larynx.Cancer.html

Masa aku balik kampung aku terkejut gila….ayah aku sangat kurus….mmg terkejut besar la….aku pun ada buat pembacaan skit tentang symptom-simptom ayah aku….mengikut pembacaan aku tu maybe ayah aku mengidap kanser….aku pun bgi tau ayah aku nanti dia merebak ke tempat lain…ayah kne buat operation….tapi aku tak memaksa la…takut jugak klu paksa kang aku jadi apa-apa kang aku plak menyesal…

Selepas 2 bulan kemudian ayah aku pun dah makin teruk…ayah buat keputusan suh buat operation….operation pertama ialah buat lubang kat leher dia….nama dia tracheostomy…nanti klu tenet laju aku tunjuk gambar…minor operation la….


then yang kedua operation ialah laryngectomy…iaitu buang larynx dia…semua kne buang la kalenjar kat leher seperti tyroid, para thyroid n larynx la kne buang….lepas tu ayah aku dah tak leh ckap lagi….kne tengok pergerakan mulut ja…mmg susah mula-mula tu nak paham tp dah lama-lama tu boleh la paham sikit-sikit…masa operation nie doktor ada buat satu lubang kat dalam leher…nak masukkan peti suara tiruan….tunggu dia heal elok-elok baru buh peti suara tu….

nie procedure laryngectomy...



klu tak berani nak tengok...tak payah tengok  

Dah sihat ckit terus g buat treatment kat Penang for radiotherapy…Tahun lepas (2010)..operation minor buat enlargement of digestive tract….sebab sempit….makan asyik lekat ja…dia masukkan macam tiub kat dalam digestive tu….

Tahun nie plak (2011) after g check kat GH Penang tu doktor suspect kanser tu datang balik….dia jadi ketumbuhan kat tepi lubang tacheo tu…datang balik HSB plak buat CTscan…result kuar confirm memang ada balik kanser tu kat leher tu….sekarang nie dah merebak kat paru-paru…

Aku Tanya doktor ayah boleh hidup berapa lama? Doktor pun tak boleh nak bagi tempoh…dia pun tak berani…ENT dah tak dpat nak bagi offer apa-apa ag….aku sedey sangat…last choice hanyalah chemotherapy…itupun hanya nak melambatkan proses kanser tu merebak…sekarang nie hanya tawakal pada Allah sahaja….

Sekarang nie aku update blog nie pun kat hospital dah hamper 3 minggu aku kat cni…admission because of abcess kat ketumbuhan tu…then struktur leher ayah kat dalam tu pun dah berubah bentuk…peti suara tiruan pun dah terjojol skit..dah g betulkan tp ayah batuk kuat terus tertanggal…lepas tertanggal tu ayah tak boleh makan secara oral….hampir 2 minggu pakai rest tube sbb tunggu lubang provox tu tertutup…mesti korang tertanyakan provox tu apa? Provox tu peti suara tiruan… nie gambar provox 



Sampai sekarang masih on resttube…doktor nak suture tp tak boleh kat situ ada sel kanser nanti klu bleeding susah..jadi doktor kasi ubat supaya gel tu boleh mempercepatkan penyembuhan lubang tersebut….hanya doa dapat aku berikan…supaya ayah sihat….

Kanser nie terjadi disebabkan ayah aku heavy smoker dan sembur racun tak pakai mask…aku hairan sekarang nie kat kotak rokok dah ada gambar medical problem dah…tapi perokok makin bertambah…sekarang dah jadi trend golongan perempuan plak merokok..aku harap korang semua boleh buka mata skit…merokok membahayakan kesihatan…MEMBUNUH DIRI SECARA PERLAHAN….

No comments:

Post a Comment