Pagi yang menyejukkan….aku perlu mandi seawal ini kerna aku perlu menuju ke Pulau Pinang…badanku menggigil kesejukan….apa keperluan aku ke Pulau Pinang? Pasti tertanya....ke Hospital Pulau Pinang kerna temujanji ayah dengan Jabatan Oncology….begitulah kehidupan aku selama ini….
Setelah selesai bersiap…makan bertolaklah kami bertiga ke Pulau Pinang….perjalanan tak payahlah aku ceritakan disini…hanya aku nak bincangkan perbincangan dengan Doktor Oncology kat sana je….setelah lama menunggu di ruangan menunggu akhirnya nama ayah aku dipanggil….kemudian masuk…
Oncologist bagitau “di sini ada berita buruk…kanser ini dah datang semula dan telah merebak ke bahagian paru-paru…kemudian kami cadangkan supaya kamu menerima rawatan chemotherapy sebanyak 6 kali….5 hari untuk satu cycle….bila dah dapat chemo yang ke-3 kita buat satu CT Scan….kemudian kita tengok ada perubahan tak….jika tak de kita tambah lagi 3 kali chemo…..”
Hati aku menyatakan pasti selepas ini keadaan ayah aku makin lemah dan kurus….entah la…apa perasaan aku? Entah aku pun tak dapat nak gambarkan perasaan aku seperti apa…hanya redha pada Tuhan yang satu…..setelah selesai urusan kami pun terus pulang ke Kedah…
Dalam perjalanan pulang kami singgah di Mc D Cuma drive thru sahaja….kemudian dah dapat makanan kami pun meneruskan perjalanan…kemudian singgah di tempat persinggahan Gurun untuk memberikan ayah susu….begitu la hidup kami sekeluarga….berulang alik ke Pulau Pinang kemudian Kedah….kamu akan cakap tak pe DUGAAN….betul tak?
Perjalanan ke Pulau Pinang memakan masa dalam 2 jam lebuh juga….nanti saya kongsikan bagaimana rawatan chemo tersebut dan apakah kesannya…..
Biar aku terang secara ringkas tentang chemotherapy nie…chemotherapy merupakan satu rawatan yang yang membunuh sel-sel kanser yang tumbuh dengan cepat…ini juga akan melambatkan proses pertumbuhan kanser….
Antara kesan-kesan chemotherapy ialah:
1. System pertahanan badan menurun…menyebabkan senang untuk mendapat infeksi.
2. Keletihan
3. Tendency to bleed easily…maksudnya terluka dan senang berdarah…
4. Akan muntah dan pening
5. Kehilangan kesemua bulu
Damage to specific organs may occur, with resultant symptoms:
- Cardiotoxicity (heart damage)
- Hepatotoxicity (liver damage)
- Nephrotoxicity (kidney damage)
- Ototoxicity (damage to the inner ear), producing vertigo
- Encephalopathy (brain dysfunction)

No comments:
Post a Comment