Penulisan aku terstop sekejapkan….sekarang aku nak sambung balik citer aku….sekarang dah masuk 2011…dah 18 hari berlalu….cini aku nak citerkan pengalaman pertama aku menyambut new year…hehehe….perjalanan aku bermula disini….
Aku berangkat ke Kuala Lumpur selepas aku pulang ke kampung halaman….kemudian tanggal 31 Disember aku berangkat ke Bentong, Pahang menaiki bas pada jam11.30am….dalam bas aku berkenalan dengan seorang nenek….yang menggelarkan diri sebagai Wan Yam yang berasal dr N9 tetapi menetap di Cheras… Wan Yam tidak mempunyai anak hasil daripada pernikahan dengan arwah suami….kemudian mengajak aku menjadi sebagai cucu angkat dan mengajak aku menetap di Cheras bersamanya….setelah mengetahui aku sepatang kara di Kuala Lumpur….aku sekadar memberikan senyuman….
Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam setengah….kemudian aku sampai…Kaza blum sampai ag ke Perhentian Bentong lagi…may be dalam setengah jam dia sampai……setengah jam kemudian, Kaza sampai menaiki kereta Iswara hitam…aku pun pergi menemui dan terus meneruskan perjalanan…pada mulanya kami bercadang untuk menyambut New Year 2011 di Genting Highlands, Pahang tetapi hajat kami tak kesampaian kerna rakan-rakan Kaza mengajak kami ke I City, Shah Alam….sementara menunggu ketibaan rakan-rakannya kami menjamu selera di Genting Sempah. Mejamu selera dengan Mc Donald. Menu kami seperti biasa Ayam Goreng Mc D dan Burger Chicken Mc Deluxe. Setelah kekenyangan kami menunggu ketibaan rakan-rakannya. Iz nama panggilannya memberitahu kami supaya kami menjemputnya di Sky Way Goh Tong. Kami pun meneruskan perjalanan menaiki bukit untuk ke sana. Setelah sampai dan sambil menunggu Iz kami pun mengambil beberapa gambar untuk dijadikan kenangan.
Setelah tibanya kehadiran Iz kami terus ke Genting Sempah semula untuk bertemu seorang lagi temannya, Hafiz. Keduanya menjamu selera.
Kami meneruskan perjalanan ke Shah Alam untuk mengambil rakan Hafiz, panggilannya Mek dan rakan Iz, Ina. Masing-masing menaiki kereta. Tiga buah kereta menuju ke Shah Alam. Kemudian membuat perancangan ke Klang tetapi dibatalkan kerana sesat dalam perjalanan ke sana.
Kemudian, terus menuju ke I City, Shah Alam. Setibanya dalam jam 8 malam….terlalu awal tiba disana….Kaza telah menunjukkan muka yang tidak gembira dan kebosanan. Aku tidak tahu bagaimana untuk menggembirakan hatinya. Di situ kami snap beberapa pics.
Tanggal kul 12 kami melihat bunga api di Icity. This is my first time menyambut new year. Sangat cantik bunga api tersebut…
Happy New Year sayang…
Happy New Year semua…..
Setelah selesai menyambut detik 12 malam, masing- masing menuju ke tempat letak kereta…kesemua kereta tidak dapat keluar pada malam itu kerana kesesakan jalan raya…kami masing-masing menunggu di dalam kereta….dan Kaza penat memandu dan tido sekejap di dalam kereta. Jam telah menunjukkan 1.30 pagi. Setelah dapat melalui kesesakan jalan raya kami meneruskan perjalanan ke Downtown Shah Alam untuk menjamu selera…
Menjamu selera di suatu kedai….masyaAllah begitu lambat penghantaran makanannya…2.30 pagi sampai 3.30 pagi baru mendapat makanan..kesemua kelihatan muka yg sangat menyampah dan kelaparan…selesai makan kami menuju ke tempat tinggal Ina.. aku, dan Mek tidur di tempat tinggalnya…manakala lelaki menginap di Hotel…
No comments:
Post a Comment