Monday, November 29, 2010

kerna seorang LELAKI

kerna seorang lelaki yang manis itu,
si perempuan jatuh cinta..
dan kerna seorang lelaki itu juga
si perempuan menaruh perasaan suka....

kerna seorang lelaki yang memujuk rayu..
si perempuan menjadi sayang...
kerna seorang lelaki yang menyayang itu
si perempuan jatuh hati...

kerana seorang lelaki sudah dapat memiliki..
hati seorang perempuan itu..
di dalam hatinya akan gembira...
maka si perempuan itu pun terus dan terus...
di buai dan terus di buai perasaan semakin syang..
dan semakin kasih pada seorang lelaki itu...

kerana seorang lelaki itu lah...
si perempuan menjadi layu...
bagai layu mencecah bumi...

kerna lelaki itu memujuk rayu...
mengatakan sayang..
maka si perempuan mempercayainya..
dan terus hilang dimamah angan...

kerna seorang lelaki itu...
si perempuan sanggup mengadai segalanya..
hati, perasaan, jiwa, harta dan kewangan...
semua itu kerna seorang yang bernama lelaki...

kerna si perempuan sudah semakin kasih dan syang pada lelaki itu...
maka si lelaki akan secara perlahan mengundur diri...
maka si perempuan makin gelabah atas penggunduran..
maka si perempuan akan berusaha memulihkan hubungan...
itulah perempuan...

semakin dan semakin hilang lelaki itu dari hubungan..
maka air mata si perempuan akan jatuh dan jatuh...
semakin hati perempuan itu sakit dan sakit..
dan semakin hati dihiris...

kerna lelaki itu...
si perempuan sanggup bertahan..
dan bertahan ...
sehingga dia mampu menahan...

kerna lelaki itu egois..
si perempuan menjadi mangsa...
si perempuan merana...
si perempuan menjadi tempat melepas marah...
si perempuan berkorban segalanya...

semuanya kerna seorang lelaki...
sepatutnya lelaki patut buka kan minda dan mata...
banyak pengorbanan telah di buat untuk kamu wahai lelaki...
tidak kah kau buta?

hargailah isteri, ibu, tunang dan girlfriend kamu...
kerna mereka sangat menyayangi lelaki mereka...
perlu lah kamu lelaki menghargai si perempuan kamu...
kerna mereka kamu ada disini...
tanpa mereka kamu tiada di dunia....

No comments:

Post a Comment