Wednesday, December 1, 2010

Hati Yang Kau Sakiti

lappy....

Sekeping hati anugerah Ilahi...
Untuk insan merasakan sayang dan kasih...
Kerna itu terciptanya hati...

Hati ini menaruh segala perasaan....
Gembira, sedih, geram dan marah..
Adakah dia tahu?
Adakah dia dapat merasa?

Hati ini menyimpan pelbagai rahsia..
Rahsia yang telah lama berkubur...
Atau rahsia yang baru dirasakan...

Kerana hati mampu menahan segala kepedihan 
Aku masih lagi teguh berdiri disini...
Mempertahankan apa yang aku pertahankan...

Walaupun hati bagai di hiris..
Bagai darah laju mengalir..
Akan aku gagahkan diri untuk aku terus
Dan terus menjalani kehidupan dengan gembira...

Hati ini mahal harganya..
Tiada yang mampu menandingi hati...
Kerana hati ini 
Kita menyayangi ahli keluarga dan dia...
 
Hati tetap tidak serik..
Hati tidak pandai menyerah kalah..
Hati ini kan tetap berusaha
Untuk beroleh apa yang aku idamkan...

Tuhan satukan hati ini dengan hatinya...
Fahamilah hati ini...
Fahami derita yang dialami..
Fahami lah segalanya tentang hati ini...
Agar hati ini bahagia dan pulih kembali....

Tuhan jika dia adalah sebahagian hatiku..
Maka satukan lah hati kami..
Jika dia bukan sebahagian dari hatiku..
Maka jauhkan lah dia dari hatiku...

Aminnn......


No comments:

Post a Comment